
Melaka di bawah kerajaan “caretaker” sehingga PRN
SERI NEGERI 5 Okt – Kerajaan Melaka pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali akan menjadi “caretaker” sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kerajaan “caretaker” itu bermula selepas pembubaran DUN Melaka yang diumumkan sebentar tadi.
“Bermula pembubaran ini, kerajaan negeri akan jadi caretaker sehinggalah PRN akan datang,” katanya kepada pemberita dalam sidang media khas di Seri Negeri, hari ini.
Mengikut peraturan, PRN perlu diadakan dalam masa 60 hari. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat dalam masa terdekat mengenai perkara ini.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai prosedur operasi standard (SOP) PRN, beliau menjawab ia akan diuruskan oleh pihak SPR dan terpulang kepada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menentukannya.
“Setelah kita mengutus surat rasmi proklamasi kepada SPR, pihak SPR bolehlah cadangkan kaedah SOP dan terpulang pada MKN dan KKM untuk memutuskan keputusan seterusnya,” jelasnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
6 INISIATIF UTAMA PERKASA USAHAWAN MELAKA
KESIDANG 17 Jun – Diberi mandat sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna pada 2023 dimanfaatkan sepenuhnya Allex...
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...
ANAK TANJUNG BIDARA TERIMA KOMPUTER RIBA SUMBANGAN ‘TOK RAUF’
TANJUNG BIDARA 17 Jun - Sumbangan komputer riba yang disampaikan sendiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjadi...

