Melaka dijangka capai kadar 90 peratus populasi dewasa divaksin hari ini

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

TEBONG 7 Okt – Melaka dijangka mencapai kadar 90 peratus vaksinasi populasi dewasa hari ini atau esok dengan hanya berbaki 0.49 peratus sahaja belum diberi suntikan vaksin COVID-19.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ts. Kamel Mohamad berkata, setakat ini 89.51 peratus daripada 677,400 populasi dewasa di Melaka sudah divaksin.

Katanya, bagi kadar vaksinasi keseluruhan negeri pula sebanyak 65.01 peratus daripada 932,700 populasi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ts. Kamel Mohamad

“Kadar vaksinasi remaja bawah 18 tahun pula merekodkan 80.09 peratus daripada 86,500 orang untuk dos pertama berikutan program vaksinasi yang baru dijalankan di negeri ini.

“Kadar vaksinasi lengkap dewasa mampu mencapai 90 peratus hari ini atau esok menerusi pelbagai program pemberian vaksin yang dijalankan di Melaka,” katanya pada sidang media Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) Orang Asli di Balai Raya Taman Kejora, Kuala Sungga, di sini hari ini.

Hadir sama Pegawai Kemajuan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Alor Gajah dan Jasin, Adzrien Ab Rahim.

Dalam program diadakan itu seramai 60 remaja masyarakat Orang Asli termasuk 10 dewasa berusia 18 tahun ke atas menerima suntikan vaksin.

Kamel berkata, seramai 840 daripada 2,057 Orang Asli di Melaka telah melengkapkan suntikan vaksin.

“Dari jumlah populasi itu, sebanyak 1,180 Orang Asli yang layak divaksin dan kini hanya 340 orang lagi sedang menunggu bagi melengkapkan dos kedua,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

531
Kongsi :
Previous post Isu tambak laut berlaku zaman Idris jadi KM – Mohamad Ali
Next post Selamat tinggal kedai buku ‘lejen’
Ubah saiz-+=