Sorting by

×

‘MELAKA INDUSTRIAL BOOSTER’ LANCARKAN PERMOHONAN PELABURAN LEBIH RM400 JUTA

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BANDARAYA MELAKA 16 Julai – Sejak diperkenalkan pada 2023 inisiatif ‘Melaka Industrial Booster’ (MIB) telah memudahkan urusan permohonan pelaksanaan projek melibatkan pelaburan melebihi RM400 juta.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, peranan MIB sebagai pusat sehenti amat penting dalam memastikan proses kemasukan pelabur ke Melaka menjadi lebih mudah dan lancar.

Katanya, koordinasi dan kerjasama rapat dengan 29 agensi kerajaan berkaitan MIB mengurangkan kerenah birokrasi, sekali gus menarik pelabur untuk bertapak di negeri ini.

“Bagi mewujudkan lebih banyak peluang untuk usahawan tempatan Kerajaan Melaka akan terus menarik pelaburan berkualiti ke negeri ini. Sehubungan itu kita berharap usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME)  memanfaatkan peluang yang terbuka, bukan sekadar menjadi pemerhati sahaja.

“Namun nilai pelaburan semata-mata bukan ukuran kepada kejayaan kita. Apa yang lebih penting adalah kejayaan mewujudkan pekerjaan berkualiti, mengukuhkan rantaian bekalan tempatan yang akhirnya memberikan manfaat kepada usahawan Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Anugerah Keusahawanan Platinum (PBA) 2026 di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang Allex  Seah Shoo Chin; Presiden Kebangsaan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) Malaysia Dr. Chin Chee Seong; Pengerusi Penganjur PBA 2026 Datuk Wira Richard Lau dan Presiden Usahawan SME Melaka Patric Chang Chun Kuang.

Sehubungan itu beliau tidak mahu usahawan tempatan cepat berpuas hati, sebaliknya aktif mencari peluang baharu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

208
Kongsi :
Previous post PERUSAHAAN MIKRO PEMANGKIN PERKEMBANGAN EKONOMI MELAKA
Next post USAHAWAN MELAKA PERLU BERANI TEROKA PASARAN BAHARU