Melaka jadi ‘port’ kereta elektrik pertama di Malaysia- Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 29 Nov- Melaka bakal menjadi pusat pemasangan kereta elektrik (EV) pertama negara pada tahun hadapan.

Exco Perindustrian negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata beberapa syarikat antarabangsa dari China yang berminat bagi tujuan terbabit.

Katanya, cadangan daripada syarikat berkenaan sedang dibincangkan dan diteliti sebelum ia diputuskan tidak lama lagi.

“Sudah pasti pelabur baru yang berminat untuk melabur di melaka dalam industri pemasangan kereta elektrik itu mengharapkan sekiranya kita dapat membawa industri pemasangan kereta elektrik ini di Melaka sekali gus membawa satu teknologi baru dalam industri kereta elektrik.

“Mereka juga mencadangkan bahawa kereta elektrik ini dijenamakan sebagai kereta elektrik pertama kebangsaan jadi saya sedang meneliti cadangan ini.

“Saya akan melihat dengan lebih terperinci kawasan-kawasan industri yang boleh diberikan ruang untuk mereka memilih kawasan yang sesuai dengan industri pemasangan kereta elektrik yang pertama di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azmi Hussain.

Mengulas lanjut, Ab Rauf yang juga Exco Pelaburan dan Pembangunan Usahawan berkata, Melaka akan memberi keutamaan kepada industri automotif yang disifatkan sebagai salah satu industri terbesar dalam negeri.

“Honda telah membuktikan keupayaan negeri Melaka membawa industri ini telah berjaya meletakkan Melaka di salah satu negeri yang berkecimpung dalam bidang pemasangan automotif,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1084
Kongsi :
Previous post RTK-Antigen, RT-PCR mampu kesan varian Omicron – Khairy
Next post Kes pertama positif COVID-19 VTL Malaysia-Singapura dikesan – Khairy
Ubah saiz-+=