Melaka juara Kejohanan Golf Piala MCM & MDN

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

Pasukan Kerajaan Negeri Melaka menjuarai Kejohanan Golf Piala Ketua Menteri Melaka (MCM) & Menteri Dalam Negeri (MDN) berlangsung di A’Famosa Golf & Country Resort, semalam.

Kejohanan itu membabitkan seramai 44 peserta yang mewakili Pasukan Kerajaan Negeri Melaka dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Antara yang mengambil bahagian pada kejohanan itu adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Pelancongan Warisan Seni dan Budaya Negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kejohanan itu secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan antara Kerajaan Negeri Melaka (Jabatan ketua Menteri) dan pengurusan kanan KDN.

“Selain mengeratkan lagi silaturahim antara Jabatan Ketua Menteri dan pengurusan kanan KDN, menerusi kejohanan ini kita dapat bertukar-tukar pandangan bawah satu naungan Kerajaan Madani.

“Terima kasih kepada semua yang hadir, saya percaya silaturahim melalui kejohanan seperti ini akan membentuk satu sifat kebersamaan memberi faedah kepada semua,” katanya.

Ketua Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Golf Piala MCM & MDN di Villa D’Acqua, Masjid Tanah, di sini, semalam.

Selain meraikan peserta, Ketua Menteri turut menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi kategori VIP dan terbuka.

Bagi kategori VIP, johan adalah milik Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka, Datuk Abdul Aziz Engan, tempat kedua pula milik Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari, manakala tempat ketiga milik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Sementara itu bagi ketegori terbuka johan milik Handaina Samat, tempat kedua Mohamad Sani Suratin dan tempat ketiga milik Datuk Abdul Aziz Abdul Razak.

Majlis dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada peserta yang mengambil bahagian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

709
Kongsi :
Previous post Ketua Menteri cakna kecemerlangan akademik anak polis
Next post ‘Terima kasih kerana tak lupakan kami pesara polis’
Ubah saiz-+=