Melaka River Cruise kekal jadi pilihan pelancong

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDARAYA MELAKA 6 Mei – Melaka River Cruise kekal menjadi pilihan pelancong apabila seramai 308,895 pengunjung telah direkodkan sepanjang suku pertama tahun ini.

Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Khairunnisa Ibno Masooda berkata, jumlah itu membabitkan tiga bulan pertama tahun ini iaitu pada Januari hingga Mac.

Beliau yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM berkata, ia sekali gus mencapai 97 peratus daripada sasaran yang ditetapkan.

“Ini memberi gambaran positif bahawa sasaran satu juta pengunjung menikmati tarikan Melaka River Cruise sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) mampu dicapai,” katanya ketika ditemui pada Melaka Floating Market: Raya And Promotion Day di Dataran Pengkalan Rama, di sini, malam tadi.

Tambah Khairunnisa, bagi menambah lagi daya tarikan kepada pengunjung, PPSPM bakal memperkenalkan pakej ‘Cruise dan Makan’ di sebuah restoran makanan segera milik Malaysia yang bakal beroperasi pada September depan di Dataran Pengkalan Rama.

Menurutnya, dengan pakej tersebut, pengunjung yang menaiki Melaka River Cruise boleh mendapatkan diskaun istimewa khas untuk makan di restoran makanan segera berkenaan.

“Ini secara tidak langsung menambahkan lagi kepelbagaian tarikan yang ada dan seterusnya berupaya menarik kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa untuk bersantai di Sungai Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

196
Kongsi :
Previous post Karnival kerjaya ditunda ke Julai
Next post TH sekali lagi dibenar buka pusat rawatan Madinah untuk kemudahan jemaah
Ubah saiz-+=