Karnival kerjaya ditunda ke Julai

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

MACHAP JAYA 6 Mei – Karnival Kerjaya Myfuturejob yang sebelum ini dijadualkan akan berlangsung pada 1 Jun bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) ditunda ke bulan berikutnya.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, pertukaran tarikh ke bulan Julai itu dibuat atas beberapa sebab tertentu termasuklah berlangsungnya program besar membabitkan Kerajaan Negeri.

“Program ini kita adakan setiap tahun bagi membantu pencari kerja mendapatkan pekerjaan tetapi penganjuran kali ini kita mempunyai tarikh yang baharu iaitu pada Julai.

“Ianya akan berlangsung selama tiga hari di MITC, namun begitu tarikh sebenar penganjuran belum diputuskan lagi dan akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Hee Sem yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya ditemui selepas program Jom Ngoca Raya Kuala Sungga yang turut dihadiri Ahli Parlimen Alor Gajah Adly Zahari, di Kuala Sungga, di sini, semalam.

Menurutnya, dijangkaka seramai 80 majikan daripada pelbagai sektor dan industri akan mengambil bahagian serta menawarkan peluang pekerjaan untuk diisi.

“Seperti tahun sebelum ini, karnival ini dibuat secara besar-besaran yang mana dijangka 70 hingga 80 majikan akan mengambil bahagian.

“Malah setiap tahun juga akan ada syarikat baharu yang ingin bersama-sama dengan kita dengan menawarkan peluang pekerjaan yang menarik. Bagi pencari kerja rebutlah peluang ini dan sebaiknya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

81
Kongsi :
Previous post Pemain bola sepak disimbah asid kini dirawat di hospital di Petaling Jaya, keadaan stabil
Next post Melaka River Cruise kekal jadi pilihan pelancong
Ubah saiz-+=