
Melaka River Cruise sedia sambut kehadiran pengunjung

AYER KEROH 11 Jun – Melaka River Cruise (MRC) menyatakan kesediaan menyambut ketibaan pelancong domestik mengikut norma baharu yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sebagai persediaan awal, pihak MRC telah melaksanakan proses nyahcemar bermula pagi tadi (Khamis) yang dijalankan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka.

Menerusi satu kenyataan, MRC memaklumkan perkhidmatannya akan bersambung semula tidak lama lagi dan meminta semua pengunjung untuk bersabar.
“Kepada seluruh pengunjung harap dapat bersabar. MRC akan beroperasi mengikut kaedah norma baru sepertimana SOP yang diputuskan oleh pihak berkuasa negeri.
“Walaubagaimana pun Pengunjung tidak perlu risau untuk membuat tempahan awal kerana dengan mengguna aplikasi Melaka eXcess tiket pakej ‘CUNNN’ dan ‘KOMBO’ tempoh sah laku tiket akan berakhir pada 31 Disember 2023.
“Jom Menyusuri Sungai Melaka bersama keluarga anda. MRC sedia memberi perkhidmatan terbaik dan mengalu alukan kehadiran anda sekeluarga,” kata kenyataan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan MRC, boleh hubungi 06-2814322/23 atau layari www.melakarivercruise.my untuk maklumat lanjut dan
[email protected] untuk tempahan.
Views:
Related

Berita Lain
KAPAL EX-KD SRI TERENGGANU KINI BERWAJAH BAHARU
BANDA HILIR 25 September - Kapal Ex-KD Sri Terengganu di Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, kini berwajah...
JUALAN MELAKA SAYANG RAKYAT: AYAM RM5, BARANGAN MURAH DI PASAR BESAR MBMB
AYER KEROH 25 September - Ayam serendah RM5 seekor serta pelbagai barangan basah dan kering sehingga 50 peratus lebih rendah...
MESYUARAT KHAS SPR 7 OKTOBER TENTUKAN TARIKH PENTING PRN MELAKA KE-16
BANDARAYA MELAKA 25 September – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: BAYANGAN CALON? TUNGGU SEBELUM HARI PENAMAAN – AB RAUF
PENGKALAN BATU 25 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh masih berteka-teki mengenai bayangan calon yang bakal...
‘DULU SAYA ANAK PENOREH GETAH’ – AB RAUF MAHU WARISKAN KERAJAAN TERBAIK UNTUK ANAK MUDA MELAKA
PENGKALAN BATU 25 September - Daripada kehidupan sebagai anak penoreh getah di sebuah kampung di Masjid Tanah, Ketua Menteri Datuk...
JATI DIRI, PENGISIAN ROHANI BENTENG GENERASI MUDA HADAPI DUNIA DIGITAL – AB RAUF
PENGKALAN BATU 25 September - Generasi muda perlu memperkukuh jati diri dan pengisian rohani sebagai benteng dalam mendepani dunia digital...

