Melaka sasar 50 peratus kanak-kanak divaksin akhir Feb

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

MERLIMAU 10 Feb – Kerajaan negeri menyasarkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 56,000 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Melaka divaksin menjelang akhir Feb ini.

Exco Kesihatan negeri Dr Muhammad Akmal Saleh berkata pada hari pertama pelaksanaan Program Vaksinasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids), seramai 1,360 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah divaksin.

Katanya, jumlah itu menjadikan Melaka negeri keempat tertinggi selepas Selangor, Wilayah Persekutuan, dan Sarawak.

“Keseluruhan di Melaka ada 15,000 ibu bapa bersetuju vaksinkan anak mereka, (angka itu) masih jauh… tetapi kita jangkakan ia akan bertambah sebab ibu bapa ini tidak menolak vaksin tetapi risau akan anak-anak mereka.

“Saya sebagai ibu bapa pun rasa takut juga di peringkat awal, tetapi macam saya kata bila kita takut kita kena buat research (kajian) kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan tinjauan dan membawa anaknya mendapatkan suntikan vaksin di Pusat Vaksinasi Kanak-Kanak di Merlimau, hari ini.

Mengulas lanjut, Akmal beekata terdapat satu kajian dilakukan di Amerika Syarikat sejak Nov hingga Dis 2021 lalu yang mana seramai 8.7 juta kanak-kanak telah divaksin berumur lima hingga 11 tahun.

“Daripada 8.7 juta itu, hanya 0.001 peratus saja mempunyai komplikasi yang serius, itupun adalah radang jantung.

“Namun 11 orang yang menghidapi radang jantung ini telah sembuh seperti sediakala tanpa memerlukan apa-apa bantuan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

660
Kongsi :
Previous post Aktifkan penyahihan dua faktor (2FA) – MCMC
Next post Jangkitan COVID-19 kanak-kanak di Melaka tinggi
Ubah saiz-+=