Sorting by

×

Melaka Sentral dipindahkan beri laluan projek mega

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDARAYA MELAKA 27 Jan – Melaka Sentral akan dipindahkan ke lokasi sementara pada tahun ini bagi memberi laluan Projek Pembangunan Semula Melaka Sentral.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu berkata, langkah itu bagi memastikan penggunaan tanah di kawasan itu dapat dioptimumkan.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya sedang menunggu pelan susunan terminal sementara yang dicadangkan di tapak lama Pasar Besar Melaka sementara menunggu projek itu siap sepenuhnya dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

“Kita mencadangkan pemindahan itu perlu dilaksanakan segera bagi mengoptimumkan penggunaan tanah dalam kawasan tengah bandar.

“Perkara ini perlu mendatangkan hasil baharu kepada Melaka Sentral dan tak mungkin pembangunan untuk pembinaan bangunan hanya satu tingkat sahaja.

“Melaka Sentral perlu ambil peluang ini dengan memanfaatkan pembangunan di kawasan itu, seperti perlu ada pangsapuri, pusat beli-belah dan dilengkapi terminal pengangkutan bersepadu,” katanya pada sidang media MBMB diadakan di sini, hari ini.

Zainal berkata, MBMB masih menantikan keputusan pelan pemidahan sementara daripada Melaka Sentral yang dijangka akan diserahkan pada Februari depan.

“Kita masih menantikan pelan itu yang sepatutnya diserahkan minggu ini untuk melihat kesesuaiannya dan sekiranya tidak memenuhi piawaian Melaka Sentral perlu mencari kawasan lain yang lebih strategik untuk pemindahan ini,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2077
Kongsi :
Previous post Aktiviti seleweng minyak masak bersubsidi tumpas
Next post Perodua Bezza Premium X, untuk pembayar cukai bertuah
Ubah saiz-+=