
Perodua Bezza Premium X, untuk pembayar cukai bertuah
BANDARAYA MELAKA 27 Jan – Pembayar cukai bertuah dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bakal memandu pulang sebuah Perodua Bezza Premium X bernilai RM44,000.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, selain Perodua Bezza Premium X pihaknya menawarkan pelbagai lagi hadiah keseluruhan berjumlah RM110,000 menerusi program Cabutan Bertuah MBMB dibuka hingga 31 Mac depan.
“Selain hadiah utama itu pembayar cukai juga berpeluang memenangi dua buah motosikal dan 125 pelbagai jenis peralatan serta barangan.
“Pemegang akaun boleh membuat bayaran seperti di Kiosk Bayaran MBMB, Kaunter Pembayaran Utama MBMB Kaunter Bergerak MBMB dan pembayaran dalam talian,” katanya.
Beliau berkata, pemilik kediaman sudah menjelaskan tunggakan dan cukai taksiran masing-masing, layak menyertai cabutan bertuah dianjurkan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MACAM-MACAM ADA DI HARI LANDSKAP NEGARA 2026 – KETUA MENTERI
PAYA RUMPUT 3 Ogos - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh hari ini meninjau persiapan akhir menjelang penganjuran...
ZIARAH KASIH DUN PAYA RUMPUT SANTUNI 40 KELUARGA
PAYA RUMPUT 3 Ogos - Sebanyak 40 keluarga disantuni menerusi Program Ziarah Kasih sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
MELAKA BERSELAWAT, PROGRAM PATRIOTIK WARNAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026 PERINGKAT NEGERI MELAKA
KLEBANG 3 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka di Persiaran Dataran Klebang dari 29 hingga 31 Ogos...
IBU TUNGGAL SEBAK, JELAJAH KETUA MENTERI MAKBULKAN DOA BAIKI RUMAH UZUR
TELOK MAS 3 Ogos - Seorang ibu tunggal tidak dapat menahan sebak apabila hasratnya untuk membaiki kediaman yang uzur akhirnya...
IBU BAPA PUJI KOMITMEN MELAKA SAYANGI ANAK ISTIMEWA
DUYONG 3 Ogos - Usaha Kerajaan Negeri Melaka memperluas akses pemulihan dan terapi untuk anak-anak istimewa mendapat pujian ibu bapa...
AYAM RM5 TOK RAUF BAWA MAKNA BESAR UNTUK RAKYAT
TELOK MAS 3 Ogos - Lebih 2,000 ekor ayam ‘licin’ terjual menerusi inisiatif Program Jualan Murah Ayam RM5 Tok Rauf...
