Muaythai Melaka sasar lima pingat emas

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 27 Jan – Melaka mempertaruhkan 30 atlet dalam Kejohanan Muaythai Antara Kelab-kelab Persatuan Muaythai Malaysia (PMM) Kebangsaan 2022, yang bermula hari ini hingga Ahad.

Presiden Persatuan Muaythai Negeri Melaka Emrito @ Haris Alias berkata, 30 atlet itu membabitkan seramai 15 atlet SUKMA Melaka, 10 atlet sekolah rendah dan menengah Melaka serta lima atlet dari Sekolah Henry Gurney.

Menurut persatuan itu, lima pingat emas disasarkan dalam kejohanan yang berlangsung di di South City Plaza, Seri Kembangan, Kuala Lumpur itu.

“Kontinjen Melaka diwakili Kelab Muaythai Kala Merah Melaka dan ia diketuai dua jurulatih iaitu Emrita Alias dan Mohd Dzuhairy Hussain.

“Kejohanan ini melibatkan semua kelab-kelab elit PMM dalam negara dan disertai lebih 200 atlet,” katanya.

ATLET muaythai SUKMA Melaka, Nur Atiqah Zainuddin

Dalam pada itu, katanya, satu lagi kejohanan Muaythai akan dianjurkan pada Mac depan dengan Melaka bakal menjadi tuan rumah.

Jelasnya, Kejohanan Muaythai Terbuka Negeri Melaka itu bakal diadakan di Dewan Datuk Hj Ahmad Ithnin, Merlimau pada 26 Mac depan.

Kejohanan itu juga dijangka bakal disertai lebih 100 atlet Muaythai profesional seluruh negara yang mana Melaka bakal mempertaruhkan 20 atlet terbaik dalam misi memburu kejuaraan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1655
Kongsi :
Previous post Perodua Bezza Premium X, untuk pembayar cukai bertuah
Next post Op Selamat: 12 lokasi panas dikenal pasti
Ubah saiz-+=