
Melaka serius majukan esport – EXCO
BANDA HILIR 27 Jun – Penggiat esport dialu-alukan untuk memohon peruntukan daripada kerajaan negeri bagi membiayai kos penganjuran sukan digital itu di negeri ini.
EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri VP Shanmugam berkata, menerusi bajet 2022 kerajaan Melaka menyediakan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi tujuan itu.
Beliau berkata, setakat ini peruntukan itu masih berbaki sebanyak RM170,000 dan mereka berminat disarankan segera tampil membuat permohonan, sekali gus menyemarakkan lagi penganjuran aktiviti esport di Melaka.
“Satu angka yang agak besar diperuntukan kerajaan negeri bagi membantu meringankan bebanan persatuan atau mana-mana pihak dalam menjayakan penganjuran esport.
“Bagi permohonan mereka berminat boleh terus menghantar kertas kerja kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali atau menerusi saya sendiri.
“Permohonan mereka akan diteliti sebelum peruntukan dalam jumlah yang sesuai diputuskan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup Kejohanan Melaka Esport Day 2022 di pusat beli-belah Dataran Pahlawan Megamall, malam tadi.
Menurutnya, belia di negeri ini khusus mereka yang meminati gajet perlu memanfaatkan pengajuran pertandingan esport untuk menjana pendapatan yang lumayan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PERGADUHAN DI BEMBAN: DUA LELAKI PARAH, DUA LAGI DITAHAN
BEMBAN 23 Jun – Dua lelaki parah selepas dipercayai dipukul dalam satu kejadian pergaduhan melibatkan beberapa individu lelaki di tepi...
SISTEM E-TANAH 2.0: ERA BAHARU URUSAN TANAH MELAKA
AYER KEROH 23 Jun - Pentadbiran tanah Negeri Melaka bakal memasuki era baharu apabila Sistem e-Tanah 2.0 dijadual dilaksanakan sepenuhnya...
SUKAN SAWAH KEMBALIKAN NOSTALGIA DI KAMPUNG BUKIT PIATU
BUKIT KATIL 23 Jun - Gelak tawa peserta yang bergelumang lumpur, sorakan penyokong di tepi bendang dan semangat kesukanan tanpa...
WRUR: 161 PROJEK PEMBANGUNAN BERNILAI RM6.5 JUTA SEJAHTERAKAN WARGA RIM
RIM 23 Jun - Sebanyak 161 projek pembangunan termasuk naik taraf bernilai lebih RM6.5 juta telah dilaksanakan di kawasan Dewan...
WRUR RIM: MPJ TEBANG POKOK BERISIKO DEMI KESELAMATAN
RIM 23 Jun - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) melaksanakan operasi kerja-kerja cantas dan tebang pokok serta semak samun yang dipercayai...
TERIMA DUA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA, BUKTI MELAKA RIVER CRUISE SEMAKIN DIKENALI DUNIA
AYER KEROH 23 Jun - Produk pelancongan ikonik negeri, Melaka River Cruise mengukuhkan reputasi di pentas antarabangsa apabila meraih dua...

