Pelajar TVET punyai peluang cerah miliki pekerjaan – TYT

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

SELANDAR 27 Jun: Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam hadir merasmikan Majlis Konvokesyen KE-25 Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar, di sini, hari ini.

Pada majlis konvokesyen itu, Mohd Ali menyampaikan sijil dan diploma kepada 249 graduan institut terbabit.

Daripada jumlah itu seramai 13 graduan akan menerima Diploma Teknologi Perisian (Pengaturcaraan) manakala 236 menerima sijil iaitu Sijil Teknologi Komputer (Sistem), Sijil Teknologi Komputer (Rangkaian) dan Sijil Teknologi Minyak Dan Gas (Lukisan Perpaipan).

Hadir sama, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim; Pengarah ILP Selandar, Ts Dr Sabri Zainuddin; EXCO Tenaga Kerja Ngwe Hee Sem dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan.

Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam berucap ketika merasmikan Majlis Konvokesyen KE-25 Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar, di sini, hari ini. Foto Iqmal Haqim Rosman

Terdahulu, dalam ucapan Tun Mohd Ali berkata, TVET seharusnya menjadi antara pilihan utama bagi anak-anak muda selepas tamat pendidikan menengah kerana institusi TVET mengajar kemahiran yang khusus.

“Pelajar yang memilih TVET pada masa kini mempunyai lebih banyak pilihan kursus dan ini membolehkan mereka mendapat peluang yang lebih cerah untuk memiliki pekerjaan.

“Lulusan TVET juga boleh memilih untuk menjadi usahawan teknikal dengan membuka perniagaan serta memanfaatkan kemahiran yang dimiliki,” kata beliau dalam ucapan perasmian.

Beliau berkata, pengajian di institusi TVET juga mampu diikuti oleh semua golongan masyarakat kerana di sini anak muda berpeluang mengikuti latihan kemahiran secara percuma.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1308
Kongsi :
Previous post Mayat remaja lemas di tasik Sarikei ditemukan
Next post Melaka serius majukan esport – EXCO
Ubah saiz-+=