
Melaka tamatkan perjanjian tambakan laut bersama KAJD
AYER KEROH 16 Nov. – Melaka menamatkan perjanjian penambakan laut bersama syarikat pemaju Melaka Gateway KAJ Development Sdn. Bhd., (KAJD) berkuat kuasa hari ini.
Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri, penamatan itu dibuat susulan
perjanjian projek tambakan laut yang dilaksanakan syarikat itu telah tamat tempoh pada 3 Oktober lalu, dalam masa sama, syarikat terbabit turut didapati gagal menyiapkannya.
“Kerajaan Negeri Melaka ingin memaklumkan bahawa perjanjian penambakan laut di antara Kerajaan Negeri Melaka dan syarikat KAJD bertarikh 4 Oktober 2017 bagi projek penambakan seluas 609 ekar di Kawasan Bandar XLVIII, Daerah Melaka Tengah, Melaka yang juga dikenali sebagai projek Melaka Gateway telah tamat tempoh pada 3 Oktober 2020.
“Syarikat KAJD didapati telah gagal untuk menyiapkannya.
“Dalam hubungan ini, satu notis penamatan perjanjian telah dikemukakan kepada pihak syarikat pada 16 November 2020.
“Pihak syarikat juga dikehendaki menyerahkan tapak projek berkuat kuasa pada notis penamatan dikeluarkan Kerajaan Negeri Melaka.
“Sehubungan dengan itu, segala urusan berbangkit mengenai tapak projek Melaka Gateway hendaklah berhubung terus dengan Kerajaan Negeri Melaka” kata kenyataan tersebut hari ini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BILA LARUT MALAM 2.0 LEBIH SEGAR, BERIMPAK
BANDA HILIR 6 Disember - Melaka bakal memperkenalkan Program Bila Larut Malam Versi 2.0 tahun depan, kata Ketua Menteri Datuk...
MAIM HADIAHKAN MOTOSIKAL RINGANKAN BEBAN SUAMI ISTERI DAN 7 ANAK
TELOK MAS 6 Disember - Hanya rasa syukur dapat dipanjatkan seorang ibu kepada tujuh anak apabila dihadiahkan sebuah motosikal oleh...
MELAKA BAKAL JADI TUMPUAN ULAMA, ILMUAN ISLAM TAHUN DEPAN
BUKIT PALAH 6 Disember - Melaka bakal menjadi tumpuan ulama dan ilmuan Islam dunia apabila Jabatan Mufti Negeri Melaka merancang...
BAJET NEGERI MELAKA 2026 RINGANKAN BEBAN PENIAGA
SERI NEGERI 6 Disember - Pengumuman insentif sewaan premis percuma selama sebulan kepada penyewa premis milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)...
DUYONG ‘TAK REHAT’ HUJUNG TAHUN INI
TELOK MAS 6 Disember - Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong bakal diwarnai pelbagai acara-acara besar sepanjang bulan ini. Ahli Dewan...
BAJET NEGERI MELAKA 2026 HOLISTIK, MESRA PELANCONG – PPSPM
BANDARAYA MELAKA 6 Disember - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyambut baik pembentangan Bajet Negeri Melaka 2026 yang...
