Ketua Polis Melaka baharu komited kembalikan zon hijau

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

AYER KEROH 16 Nov. – Ketua Polis Melaka baharu, Datuk Abdul Majid Mohd Ali memberi jaminan akan mengembalikan semula Melaka kepada zon hijau seperti sebelum ini, sekali gus memutuskan rantaian wabak COVID-19 di negeri ini.

Menurut beliau, pada peringkat awal pihaknya akan memfokuskan kepada memutuskan rantaian COVID-19 kerana ia bukan sahaja memenuhi hasrat kerajaan malah hasrat Kerajaan Negeri Melaka sendiri.

“Pada peringkat awal fokus saya adalah memimpin ‘frontliners’ untuk kembalikan Melaka kepada zon hijau ini kerana ia bukan sahaja hasrat Kerajaan Pusat malah kerajaan negeri.

Menurut beliau, pada peringkat awal pihaknya akan memfokuskan kepada memutuskan rantaian COVID-19 yang menjadi hasrat kerajaan.

“Pada peringkat awal fokus saya adalah memimpin ‘frontliners’ untuk kembalikan Melaka kepada zon hijau ini kerana ia bukan sahaja hasrat Kerajaan Pusat malah kerajaan negeri.

“Saya akan didik ‘frontliners’ untuk mendidik masyarakat yang mana mereka perlu sedar tentang langkah-langkah pencegahan COVID-19 kalau hanya membuat penguatkuasaan sahaja tanpa memberi kesedaran maka ianya seperti ‘tempang’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas antaranya dengan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Wira Mat Kasim Karim yang disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang.

Menurut beliau, sejak Mac lalu seramai 226 anggota dan pegawai polis serta kakitangan awam IPK Melaka melakukan ujian saringan COVID-19 dan menjalani kuarantin kendiri, bagaimanapun tiada yang disahkan positif setakat ini selain seramai tujuh orang masih menunggu keputusan.

Mengulas lanjut Abdul Majid berkata, sebanyak 12 sekatan jalan raya (SJR) dibuat di negeri ini masing-masing dua di Melaka Tengah, tujuh di Alor Gajah dan tiga di Jasin.

“Selain itu sebanyak 25, 821 permohonan pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diterima polis negeri ini bermula 9 hingga 14 November 2020.

“Bagaimanapun, daripada jumlah itu sebanyak 25, 635 permohonan yang dibuat diluluskan, manakala 186 tidak diluluskan atas beberapa faktor,” katanya.

Views:

1413
Kongsi :
Previous post Melaka tamatkan perjanjian tambakan laut bersama KAJD
Next post Wanita berusia mangsa ‘scam’
Ubah saiz-+=