Melaka terima pelaburan baharu bernilai RM1 bilion

Masa Membaca:1 Minit, 43 Saat

SERI NEGERI 4 Jan- Melaka menerima pelaburan baharu bernilai RM1 bilion dari sebuah syarikat Bumiputera tempatan, Fieldman EV Sdn Bhd (FEV) untuk membina kilang pemasangan kilang kereta elektrik pertama di negara ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata kilang yang akan dibangunkan di kawasan perindustrian Lipat Kajang itu akan dibina diatas tapak seluas kira-kira 202 hektar (500 ekar).

Katanya, pembinaan kilang itu akan membuka 5,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan selepas projek pembinaan itu siap tidak lama lagi.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan kerjasama dengan syarikat FEV ini kerana bakal memberi manfaat jangka masa panjang dengan memantapkan lagi perkembangan industri automotif di Melaka.

“Ia sekaligus dapat mewujudkan industri hiliran dalam kalangan industri automotif tempatan, pemindahan teknologi kereta elektrik dan meningkatkan lagi ekonomi negeri Melaka.

“FEV telah membuat pelan jangka masa panjang bagi tempoh tujuh tahun bermula tahun 2018 hingga 2026 di mana bakal menerajui perkembangan teknologi dan pemasangan kereta elektrik di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Kereta Elektrik dan Beca Elektrik daripada syarikat FEV kepada kerajaan negeri di sini, hari ini

SULAIMAN bersam Ab Rauf pada Majlis Penyerahan Kereta Elektrik dan Beca Elektrik daripada syarikat FEV.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ts Kamel Mohamad, Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Pengarah Urusan Syarikat FEV, Razmi Shah Othman.

Dalam pada itu, kerajaan negeri menyerahkan sebuah kereta beca elektrik kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi tujuan kajian dan penyelidikan.

“Kita akan menyerahkan satu unit kereta dan beca elektrik yang diberikan hari ini kepada UTeM bagi tujuan penyelidikan dan kajian kenderaan elektrik kepada pelajar-pelajar untuk mereka melihat perkembangan terbaharu ini, ” katanya.

Untuk rekod, Syarikat FUV yang merupakan anak syarikat Fieldman Sdn Bhd ditubuhkan pada April 2019 dan berjaya mendapat hak eklusif pengedaran kereta elektrik di Malaysia dan pasaran ASEAN dari syarikat automotif China, Changan Automobile Corporation.

Views:

1126
Kongsi :
Previous post Wartawan Sin Chew Daily Kedah meninggal dunia
Next post Banjir: Terpaksa berpantang di pusat pemindahan bersama bayi
Ubah saiz-+=