
Melaka United umum trio import baharu musim 2022
KELAB Bolasepak Melaka United (MUFC) mengumumkan kepulangan semula Ifedayo Olusegun ke bumi Hang Tuah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2022.
Penyerang berbisa yang pernah menyarung jersi hijau putih pada musim 2018 lalu kini kembali dalam misi muncul penjaring terbanyak buat pasukan.
Selain Ifedayo, MUFC turut mengumumkan kehadiran dua tonggak import baharu, Emmanuel Oti Essigba dan Justin Baas bagi memperkuatkan pasukan dalam saingan musim ini.
Oti, pemain sayap dari Ghana sebelum ini pernah beraksi bersama dalam saingan Liga Jepun J1 League musim lalu iaitu bersama kelab Vegalta Sendai.
Dia juga pernah beraksi bersama beberapa kelab sekitar Eropah antaranya kelab Portugal, Braga B, Esbjerg fB (Denmark) dan FC Vizela (Portugal) selain pernah beraksi di Liga 1 Indonesia bersama Madura United pada 2020.
Manakala Baas pula merupakan pemain kebangsaan Filipina yang beraksi di posisi pertahanan.
Pemain berusia 21 tahun itu yang berdarah kacukan Belanda-Filipina itu sebelum ini beraksi bersama United City FC.
Dia juga merupakan antara produk dari akademi kelab Belanda, AZ Alkmaar dan pernah beraksi di Divisyen 2 Belanda bersama Jong AZ dari 2018 hingga 2020 sebelum beraksi di Thai League 1 bersama Ratchaburi Mitr Phol.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MACAM-MACAM ADA DI HARI LANDSKAP NEGARA 2026 – KETUA MENTERI
PAYA RUMPUT 3 Ogos - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh hari ini meninjau persiapan akhir menjelang penganjuran...
ZIARAH KASIH DUN PAYA RUMPUT SANTUNI 40 KELUARGA
PAYA RUMPUT 3 Ogos - Sebanyak 40 keluarga disantuni menerusi Program Ziarah Kasih sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
MELAKA BERSELAWAT, PROGRAM PATRIOTIK WARNAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026 PERINGKAT NEGERI MELAKA
KLEBANG 3 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka di Persiaran Dataran Klebang dari 29 hingga 31 Ogos...
IBU TUNGGAL SEBAK, JELAJAH KETUA MENTERI MAKBULKAN DOA BAIKI RUMAH UZUR
TELOK MAS 3 Ogos - Seorang ibu tunggal tidak dapat menahan sebak apabila hasratnya untuk membaiki kediaman yang uzur akhirnya...
IBU BAPA PUJI KOMITMEN MELAKA SAYANGI ANAK ISTIMEWA
DUYONG 3 Ogos - Usaha Kerajaan Negeri Melaka memperluas akses pemulihan dan terapi untuk anak-anak istimewa mendapat pujian ibu bapa...
AYAM RM5 TOK RAUF BAWA MAKNA BESAR UNTUK RAKYAT
TELOK MAS 3 Ogos - Lebih 2,000 ekor ayam ‘licin’ terjual menerusi inisiatif Program Jualan Murah Ayam RM5 Tok Rauf...

