
Menyamar buru pembuang sisa komersial haram
AYER KEROH 12 Januari – Pemantauan dan intipan yang giat akan terus dilakukan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) negeri ini dalam usaha mengekang perbuatan membuang sisa pepejal komersial secara haram.
Pengarahnya, Khairuladha Ab Mutalib berkata, bagi mengesan perbuatan tidak bertanggungjawab itu, pasukan penguatkuasa SWCorp juga turut melakukan penyamaran.
“Tindakan itu individu terbabit yang mengambil jalan mudah sebegini adalah kerana ingin menjimatkan kos mereka jadi tanah-tanah kerajaan atau rezab akan jadi sasaran mereka.
“Sepatutnya sampah-sampah atau sisa pepejal komersial ini perlu dibuang ke lokasi yang diwartakan iaitu di tapak pelupusan di Sungai Udang,” katanya.
Menurutnya, sepanjang tahun lalu pihaknya mengesan 34 lokasi panas yang menjadi sasaran individu atau pihak tidak bertanggungjawab membuang sisa pepejal terkawal atau komersial.
“Daerah Melaka Tengah merekodkan kawasan ‘hotspot’ terbanyak dengan 26 lokasi yang dikenal pasti.
“Manakala lapan lagi di daerah Alor Gajah. Lokasi berdekatan kawasan perindustrian kebiasaan menjadi sasaran untuk longgokkan sisa-sisa ini,” katanya.
Ujarnya lagi, berdasarkan pemerhatian terhadap kes-kes yang berlaku, longgokkan atau sampah yang dibuang membabitkan skala tidak kurang dari satu tan pada satu-satu masa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
