MetMalaysia ramal hujan sehingga esok, daerah Alor Gajah antara terkesan

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

KUALA LUMPUR 18 Dis – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan dijangka berlarutan di beberapa negeri sehingga esok.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, antara kawasan yang berada di peringkat merah (bahaya) ialah Kuala Lumpur dan Selangor.

Ia melibatkan kawasan seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat.

Selain itu, katanya, hujan lebat berterusan iaitu peringkat jingga juga dijangka berlaku di Perak (Hilir Perak dan Muallim), Kelantan (Gua Musang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Maran dan Kuantan), Selangor (Sepang), Putrajaya dan Negeri Sembilan (Jelebu).

Manakala, beberapa negeri lain dikeluarkan amaran peringkat waspada atau kuning iaitu di Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut,Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Batang Padang).

“Selain itu, kawasan lain yang merekodkan cuaca peringkat waspada ialah Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu, Pahang (Raub, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin).

“Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) dan Melaka (Alor Gajah). Semua kawasan ini dijangka berterusan sehingga esok,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Beliau berkata, hujan lebat berterusan ini berlaku disebabkan oleh luruan monsun (cold surge) dan juga lekukan tropika (tropical depression).

Namun katanya, amaran hujan lebat itu akan dikemas kini bergantung kepada keadaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

829
Kongsi :
Previous post Touch ‘n Go, SmartTAG masih boleh digunakan di Lebuhraya PLUS
Next post Polis Melaka pantau rumah mangsa banjir, elak kecurian harta benda
Ubah saiz-+=