
MoU MTA dan penggiat pelancongan bawa pulangan ekonomi kepada Melaka
BANDA HILIR 16 Disember – Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama tiga penggiat industri pelancongan.
Presiden MTA, Madelina Kuah berkata MoU itu bertujuan untuk memperkukuh dan mengeratkan lagi kerjasama antara penggiat pelancongan, sekali gus membawa pulangan dalam bentuk ekonomi kepada Negeri Melaka.
“Antara penggiat industri pelancongan terlibat adalah Menara Taming Sari (MTS), Bayou Lagoon Park dan Mahkota Medical Centre (MMC).
“Menerusi kerjasama ini diskaun 20 peratus dan baucar ditawarkan kepada 65 ahli kami yang mendapatkan perkhidmatan di ketiga-tiga lokasi berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas Majlis Hi-Tea Sempena Mesyuarat Agung Tahunan 2022 MTA di sebuah restoran di Banda Hilir, di sini, semalam.
Hadir sama Timbalan Presiden MTA, Mohd Farid Eshak serta wakil-wakil penggiat industri pelancongan Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PMR 2025: MELAKA REKOD HAMPIR 270,000 PENGUNJUNG
MERLIMAU 19 Oktober - Melaka berjaya melakar sejarah tersendiri apabila merekodkan bilangan pengunjung paling ramai dalam siri penganjuran Program MADANI...
PERTEMUAN MABIMS BUKTI KOMITMEN NEGARA ANGGOTA
AYER KEROH 19 Oktober - Pertemuan Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) Kali Ke-21, menunjukkan...
PMR 2025: 150 PROGRAM SENTUHAN RAKYAT, MANIFESTASI SEMANGAT MELAKA
MERLIMAU 19 Oktober - Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Melaka yang melabuhkan tirainya hari ini dengan penuh gemilang menyaksikan sebanyak...
SANTUNI ANAK YATIM MISKIN AGENDA UTAMA MABIMS
BUKIT KATIL 19 Oktober - Menyantuni anak yatim dan golongan miskin menjadi agenda serantau negara anggota Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam,...
MIMBJ 2025 BERJAYA TARIK LEBIH BANYAK PASUKAN MTB
RIM, 19 Oktober - Melaka International Mountain Bike Jamboree (MIMBJ) 2025 berjaya menarik lebih banyak penyertaan pasukan Mountain Bike (MTB)...
WRUR SELESAI 1,293 ADUAN, BUKTI MELAKA CAKNA DENYUT NADI RAKYAT
MERLIMAU 19 Oktober - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang menjadi inisiatif Kerajaan Melaka mendengar denyut nadi rakyat telah...