
MoU MTA dan penggiat pelancongan bawa pulangan ekonomi kepada Melaka
BANDA HILIR 16 Disember – Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama tiga penggiat industri pelancongan.
Presiden MTA, Madelina Kuah berkata MoU itu bertujuan untuk memperkukuh dan mengeratkan lagi kerjasama antara penggiat pelancongan, sekali gus membawa pulangan dalam bentuk ekonomi kepada Negeri Melaka.
“Antara penggiat industri pelancongan terlibat adalah Menara Taming Sari (MTS), Bayou Lagoon Park dan Mahkota Medical Centre (MMC).
“Menerusi kerjasama ini diskaun 20 peratus dan baucar ditawarkan kepada 65 ahli kami yang mendapatkan perkhidmatan di ketiga-tiga lokasi berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas Majlis Hi-Tea Sempena Mesyuarat Agung Tahunan 2022 MTA di sebuah restoran di Banda Hilir, di sini, semalam.
Hadir sama Timbalan Presiden MTA, Mohd Farid Eshak serta wakil-wakil penggiat industri pelancongan Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
10,000 UMAT ISLAM MERIAHKAN MELAKA BERSELAWAT
KLEBANG 30 Ogos - Lebih 10,000 umat Islam hadir menghidupkan Majlis Melaka Berselawat sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka...
BUSANA UNIK TARUHAN MPHTJ PERTAHAN KEJUARAAN PERBARISAN
KLEBANG 29 Ogos - Penampilan unik menerusi busana dan elemen hiasan berbeza menjadi taruhan kontinjen Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PRODUK, WARISAN MELAKA ‘MENYERLAH’ DI KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Dari sajian asam pedas hingga produk usahawan dan warisan budaya, Melaka berjaya 'membawa keluar' pesona...
TOK RAUF BAWA SINAR BAHARU BUAT PEWARIS ROTI CANAI 20 TAHUN
SERKAM 29 Ogos - Lebih 20 tahun meneruskan legasi keluarga dalam menghasilkan roti canai, Awang Mohd Afeendy Abu Samah, 52,...
KING KING ‘BELAJAR’ DUDUK DALAM KOTAK SEBELUM PULANG KE ZOO MELAKA
AYER KEROH 29 Ogos - Membawa pulang Harimau Malaya jantan atau namanya King King seberat 171 kilogram (kg) memerlukan proses...
PERSEMBAHAN HARI KEBANGSAAN TERBAIK UNTUK RAKYAT MELAKA
KLEBANG 29 Ogos - Rakyat Melaka dihidangan dengan pelbagai aktiviti menyuburkan semangat patriotisme, cintakan negara dan kerohanian yang terbaik sepanjang...

