
PDRM nafi beri kebenaran perhimpunan solidariti tuntutan bersasar KWSP 2.0
KUALA LUMPUR, 16 Disember – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan memberi sebarang persetujuan atau kebenaran bagi Perhimpunan Solidariti Tuntutan Bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2.0.
Menurut satu kenyataan PDRM hari ini perhimpunan berkenaan adalah anjuran Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIR) yang akan diadakan pada 7.30 pagi, Isnin ini di pintu masuk Parlimen.
“Poster berkenaan telah dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook di pautan https://www.facebook.com/AzmieBugis01/posts/pfbid0G9t1zGsftaDQdgUvbNNeH83xJZLEEzMBfq7FHWLZooxmP42pAJ3qA41jynnEN6Uql dan tular di media sosial,” katanya.
PDRM menjelaskan bahawa pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang permohonan bagi mengadakan apa-apa perhimpunan solidariti itu seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang selain meminta mereka sentiasa merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat sahih.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ‘AH SEM’ CALON NOMBOR 1 DUN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem atau lebih dikenali...
PRN MELAKA: BILIK GERAKAN SPRM BEROPERASI 24 JAM
AYER KEROH 31 Oktober - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka bilik gerakan beroperasi 24 jam sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya...
PRN MELAKA: 65 CALON LELAKI, 14 WANITA BERTANDING DI 28 KERUSI DUN
AYER KEROH 31 Oktober - Persaingan merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: JASMINE MAHU ANAK MUDA KEMBALI BERKARYA DI BANDAR HILIR
AYER KEROH 31 Oktober - Meskipun diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N22 Bandar...
TOK AJAK YAKIN TELOK MAS ‘KEKAL BIRU’
TELOK MAS 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman yakin...
PRN MELAKA JADI PENTAS FORMULA POLITIK BAHARU UMNO-PAS MENUJU PRU – MOHAMED KHALED
SUNGAI UDANG 31 Oktober - Kerjasama UMNO dan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 berpotensi menjadi formula politik...
