
MPAG lulus 10 Bazar Ramadan, dua Bazar Aidilfitri
AYER KEROH 17 Mac – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) meluluskan 10 bazar Ramadan dan dua bazar Aidilfitri bagi tahun ini.
Yang Dipertuanya, Mohd Fadhil Hassan berkata bazar Ramadan itu melibatkan seramai 800 peniaga manakala bazar Aidilfitri melibatkan seramai 124 peniaga.
“Kita baru putuskan dalam mesyuarat hari ini mengenai lokasi bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri diluluskan untuk tahun 2022.
“10 lokasi bazar Ramadan adalah di Pekan Kuala Sungai Baru, Taman Desa Londang, Pekan Alor Gajah, Pekan Masjid Tanah, Pekan Lubok Cina dan Taman Seri Sutera Pengkalan.
“Selain Bandar Satelit Pulau Sebang, Taman Seri Gamelan, Pekan Pulau Sebang Utara dan Pusat Perniagaan Jelatang.
“Manakala bazar Aidilfitri ada dua lokasi di Pekan Masjid Tanah (104 peniaga) dan hadapan perhentian bas Masjid Tanah ada 20 peniaga,” katanya ketika dihubungi.
Mohd Fadhil berkata, perjalanan bazar Ramadan dan Aidilfitri itu masih mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti sebelum ini.
“Kita sedang menunggu SOP baharu Majlis Keselamatan Negara (MKN), kerana difahamkan akan dilancarkan dalam tempoh seminggu dua ini,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
MINAT BERTANI BAWA ‘MAMA’ KE KURSUS BAJA ORGANIK
AYER LIMAU 10 September - Hobi bercucuk tanam di kebun kecil berhampiran rumah bukan sekadar mengisi masa lapang buat Jamilah...
