Sorting by

×

MPHTJ TERUS CEMERLANG, CAPAI MARKAH 98.42 PERATUS BAGI PENILAIAN MURNINETS

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

BANDA HILIR 5 Jun- Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) berjaya mencatatkan pencapaian cemerlang selepas menerima Penarafan Bandar Mampan Tahun 2025 dengan markah keseluruhan 98.42 peratus menerusi penilaian Program Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar dan Luar Bandar (MURNInets) baru-baru ini.

Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron berkata, kejayaan itu merupakan hasil komitmen berterusan serta kerjasama padu pelbagai agensi dan pihak berkepentingan dalam memastikan agenda pembangunan mampan dilaksanakan secara menyeluruh.

Katanya, pencapaian itu membuktikan keupayaan MPHTJ dalam mengurus pembangunan bandar yang lebih inklusif, berdaya tahan serta berorientasikan kesejahteraan rakyat.

“Alhamdulillah, pencapaian 98.42 peratus ini adalah hasil usaha semua pihak termasuk agensi kerajaan, badan berkanun, sektor swasta serta warga kerja MPHTJ sendiri.

“Kejayaan ini menunjukkan bahawa kita berada di landasan yang betul dalam melaksanakan pembangunan bandar mampan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Sapiah berkata MPHTJ turut menyasarkan untuk mengekalkan momentum kecemerlangan tersebut dengan meningkatkan lebih tinggi peratusan yang diperoleh dalam penilaian MURNInets pada Tahun 2026.

Katanya, sasaran utama adalah untuk mengekalkan prestasi cemerlang serta berusaha mencapai markah melebihi 98 peratus pada penilaian akan datang.

“Kita tidak mahu berhenti setakat ini sahaja, sasaran MPHTJ adalah untuk mengekalkan momentum dan seterusnya meningkatkan lagi pencapaian pada tahun 2026,” katanya.

Terdahulu, Sesi Libat Urut Program Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar dan Luar Bandar MURNInets 2.0 2026 telah diadakan di sebuah hotel di Banda Hilir pada Selasa.

Difahamkan majlis sesi libat urus tersebut menghimpunkan pelbagai pembekal data termasuk sektor kerajaan, badan berkanun, pihak swasta, Ahli Majlis MPHTJ serta jabatan dan unit dalaman MPHTJ bagi memperkukuh pelaksanaan program MURNInets.

Program itu turut menjadi platform penyelarasan data dan penunjuk pembangunan mampan bagi memastikan perancangan bandar dilaksanakan secara lebih berkesan dan berfokus.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

483
Kongsi :
Previous post SEMANGAT WRUR PERKUKUH PERPADUAN KOMUNITI
Next post WRUR BANDA HILIR: LIF BAHARU HADIAH BERMAKNA BUAT PENDUDUK PANGSAPURI LAKSAMANA 1