
MPJ pulihara Makam Tun Teja
JASIN 5 Mei – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menerima peruntukan berjumlah RM50,000 daripada Kerajaan Negeri bagi menjalankan kerja pemuliharaan dan mengindahkan lima tapak warisan termasuk Makam Tun Teja di Merlimau.
Yang Dipertua MPJ, Rosemanizam Mohammed Nalif berkata pengindahan membabitkan kerja landskap untuk mewujudkan suasana kampung di persekitaran tapak warisan.
Katanya persekitaran Makam Tun Teja sentiasa dijaga, namun MPJ memerlukan peruntukan tambahan bagi kerja menaik taraf kawasan itu.
“Kami dimaklumkan peruntukan RM200,000 akan disalurkan oleh Jabatan Warisan Negara hujung bulan ini atau Jun nanti, bagi menjalankan kerja baik pulih beberapa lagi infrastruktur.
“Peruntukan ini untuk buat tapak (lantai), akan ada pencahayaan sedikit. Kami akan bincang dengan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) siapa akan laksanakan kerja itu nanti,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.
Menurutnya Perzim juga dalam proses menyediakan papan tanda berkaitan asal usul bagaimana Tun Teja dimakamkan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...

