
MPJ sasar ‘cashless’ hujung tahun ini
JASIN 11 April – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyasarkan proses pembayaran saman bagi kawasan pentadbirannya dilaksanakan secara ‘cashless’ (tanpa tunai) sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.
Yang Dipertua MPJ, Rosemanizam Mohammed Nalif berkata setakat ini semua kanuter bayaran sekitar Merlimau sudah melaksanakan urusan pembayaran saman tanpa tunai sepenuhnya.
“Kami giat melaksanakan pelbagai usaha untuk membudayakan pendigitalan di semua kawasan pentadbiran MPJ.
“Pembayaran saman juga boleh dilakukan menerusi Merlimau e-payment, e-pbt dan e-MPJ. Pendigitalan ini akan dilaksanakan secara berperingkat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Kongsi Rezeki Ramadan, di Vista Alamanda, di sini, hari ini.
Rosemanizam berkata bagaimanapun pihaknya masih lagi menjalankan urusan tunai di beberapa lokasi lain di Jasin.
Sementara itu dalam perkembangan lain beliau berkata, seramai 98 ejen membabitkan pengusaha kedai runcit, farmasi, kedai ubat, kedai serbaneka dan premis perniagaan lain dilantik sebagai penjual berdaftar serta sah kupon letak kenderaan MPJ.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...
