
MPV rempuh pasar malam, seorang lelaki maut
BACHANG 15 Dis- Seorang lelaki maut akibat kecederaan parah di kepala selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di pasar malam di Kampung Lapan, Bachang, semalam.
Kemalangan pada jam 7.30 malam itu turut membabitkan empat lagi kenderaan termasuk dua buah lori.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila MPV yang dipandu seorang peniaga pasar malam berusia 71 tahun keluar daripada tapak parkir berhadapan Medan Selera Taman Kenangan menghala ke Jalan Tokong Melaka.
Katanya, kenderaan itu bagaimanapun hilang kawalan sebelum merempuh seorang pejalan kaki, Tan Kay Sniah, 59 dan tiga kenderaan lain termasuk sebuah lori.
“Apabila pemandu MPV berkenaan mengundurkan kenderaan, dia merempuh sebuah lagi lori.
“Ketika kejadian, pemandu dua kereta dan dua lori tidak berada kenderaan masing-masing namun pejalan kaki disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.
Hasan Basri berkata, susulan kejadian itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka (HM) untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PEMUDA MAUT MOTOSIKAL REMPUH KERETA KELUAR SIMPANG DI ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 2 April – Seorang penunggang maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang keluar dari simpang berhampiran sebuah...
PPSPM: BAUCAR DISKAUN KEPADA 850 PENGUNJUNG TERAWAL MELAKA BILA LARUT MALAM
DUYONG 2 April - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) akan mengagihkan pelbagai baucar diskaun kepada 850 pengunjung terawal...
40,000 PELAWAT DIJANGKA KUNJUNGI MUZIUM MELAKA SEPANJANG MUSIM PERAYAAN
AYER KEROH 1 April – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menjangkakan sehingga 40,000 pengunjung akan melawat muzium-muzium di bawah seliaannya sepanjang...
LEBIH 10,000 SERBU MENARA TAMING SARI SEMPENA AIDILFITRI
BANDA HILIR 2 April - Menara Taming Sari terus menghidupkan sektor pelancongan negeri apabila diserbu pengunjung selepas dibuka pada hari...
KILANG KOPI DAN BISKUT HILANG STATUS HALAL, GUNA BERUS DISAHKAN BULU BABI
BANDARAYA MELAKA 1 April - Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah kilang kopi dan biskut di Melaka ditarik selepas penemuan...
IMAM DIUJI MASALAH SARAF DI KEPALA, MAIM HADIR HULUR BANTUAN
AYER MOLEK 1 April - Walaupun keadaan fizikalnya nampak sihat, namun siapa sangka seorang Imam 2 Masjid Al Abrar Kampung...
