Sorting by

×

MUALAF, FAKIR MISKIN RASAI KEMERIAHAN AIDILADHA

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

KESIDANG 28 Mei – Program Kasih Qurban Perdana Bersama Mualaf Negeri Melaka 2026, berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran lebih 500 tetamu termasuk melibatkan asnaf dan mualaf.

Penganjuran aktiviti itu juga amat bermakna terutama bagi saudara baharu yang pertama kali merasai pengalaman ibadah korban dan menyambut Aidiladha.

Pengurus Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Mohd Hairulamin Mohd Sis berkata, program tahunan itu dianjurkan secara kolektif antara Balai Islam bersama rakan sinergi badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Pengurusan Mualaf Melaka yang antaranya Hidayah Centre Foundation Melaka dan Persatuan Dayak Muslim Melaka.

“Tahun ini tiga ekor lembu kita korbankan ia diusahakan oleh Hidayah Centre Foundation. Daging korban [ula disasarkan diagihkan kepada 500 komuniti mualaf termasuk fakir miskin.

“Kaita bukan sahaja dapat berkongsi rezeki bersama golongan memerlukan tetapi memberi peluang kepada mualaf untuk turut serta dalam ibadah korban,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Kasih Qurban Perdana Bersama Mualaf Negeri Melaka Tahun 2026 yang turut dihadiri Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam MAIM Nasir Wahab.

Menurut Mohd Hairulamin, keunikan program ini dapat dilihat apabila mualaf pelbagai kaum berganding bahu bergotong-royong menguruskan keseluruhan proses korban sebelum daging diagihkan kepada penerima.

“Uniknya program ini apabila ia bukan sahaja bertujuan melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha malah menjadi medium menyatukan komuniti mualaf tanpa mengira latar belakang bangsa dan budaya dalam suasana penuh kasih sayang.

“Dengan itu, program ini dinamakan Program Kasih Qurban Perdana bagi melambangkan perpaduan serta semangat saling membantu dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

66
Kongsi :
Previous post SEMANGAT AIDILADHA SATUKAN PPSPM, KOMUNITI PENGKALAN RAMA