Sorting by

×

SEMANGAT AIDILADHA SATUKAN PPSPM, KOMUNITI PENGKALAN RAMA

Masa Membaca:59 Saat

DUYONG 28 Mei – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menjadikan Hari Raya Aidiladha tahun ini penuh makna apabila menumbangkan seekor lembu bagi penganjuran Program Ibadah Korban.

Program itu merupakan hasil kerjasama di antara Kelab PPSPM bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pengkalan Rama Pantai.

Sejak awal pagi lagi, suasana di Dataran Pengkalan Rama dihidupkan menerusi permuafakatan di antara warga kerja PPSPM bersama kariah masjid dan penduduk setempat yang bersama bergotong-royong bagi membantu proses melapah dan membungkus daging korban.

Daging tersebut kemudiannya diagih kepada komuniti setempat dan golongan memerlukan di sekitar kawasan tersebut.

WhatsApp Image 2026 05 28 at 12.47.55 PM
IBADAH korban menjadi medan memperkukuh semangat muafakat di antara agensi Kerajaan Negeri dan masyarakat.

Jelaslah, program itu bukan sahaja menyemarakkan syiar Islam menerusi ibadah korban, malah menjadi platform memperkukuh hubungan silaturahim antara komuniti dan agensi kerajaan.

Kerjasama erat yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung mencerminkan semangat kebersamaan, selain menyemai keprihatinan dalam kalangan agensi Kerajaan Negeri dan masyarakat setempat.

Selain menghayati erti pengorbanan dan keikhlasan yang menjadi tuntutan Aidiladha, program itu turut menghidupkan budaya bergotong-royong yang semakin menjadi identiti penting dalam memperkukuh perpaduan komuniti.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

164
Kongsi :
Previous post USAHA ‘YB ALONG’ AKHIRI DILEMA PENDUDUK KAMPUNG BUKIT ANTU