
Mustapa, Sulaiman hadiri ‘roadshow’ RMKe-12
KUALA LUMPUR 21 Jan- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, hadir ke Sesi Roadshow Pasca Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Bersama Kerajaan Negeri Melaka, hari ini.
Mustapa tiba kira-kira jam 2.45 petang diikuti Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, tiba pada jam 3 petang.
Terdahulu, ketibaan Mustapa, disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Senator Datuk Lim Ban Hong.
Program di sebuah hotel di Kuala Lumpur ituΒ dianjurkan bersempena Konvensyen Hala Tuju Perancangan Pembangunan Negeri Melaka.
Sidang media antara Mustapa dan Sulaiman dijangka diadakan pada akhir program itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF HADIR BAWA SINAR BUAT WARGA PENGKALAN BATU
PENGKALAN BATU 4 Ogos - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat membawa makna besar buat segenap lapisan masyarakat di Dewan Undangan...
HLN 2026 DIJANGKA TARIK 100,000 PENGUNJUNG KE MELAKA
PAYA RUMPUT 4 Ogos - Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2026 yang bakal bermula 6 Ogos ini dijangka menarik kira-kira...
TAK TUNGGU PILIHAN RAYA, KEPIMPINAN TOK RAUF TERUS TURUN BANTU RAKYAT
PENGKALAN BATU 4 Ogos - Kebajikan dan menyelesaikan permasalahan rakyat sentiasa menjadi keutamaan pentadbiran Kerajaan Negeri yang dipimpin Ketua Menteri...
‘MAHU JADI WAKIL RAKYAT KENA JADI RAKYAT’
PENGKALAN BATU 4 Ogos - Menjiwai serta memahami rakyat adalah ciri utama yang perlu ada dalam diri setiap bakal wakil...
HARI KEBANGSAAN 2026: MELAKA CATAT SEJARAH JULUNG KALI PAMER KAPAL PERANG TLDM
KLEBANG 4 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka bakal mencipta sejarah apabila orang ramai diberi berpeluang menaiki...
TOK RAUF NYALAKAN SEMANGAT OKU JUAL SAMBAL ‘LIVE’, TABAH JAGA BAPA TERLANTAR
DUYONG 4 Ogos - Di sebalik sesi βliveβ menjual sambal dari rumah, tersimpan kisah ketabahan seorang usahawan orang kurang upaya...
