Naik taraf perkhidmatan ‘neurosurgery’ Hospital Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

PENGKALAN BATU 1 September – Individu mempunyai masalah saraf boleh menjalani rawatan dan pembedahan’neurosurgery’ secara terus di Hospital Melaka selepas perkhidmatan itu dinaik taraf Julai lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata, sebelun ini pesakit terpaksa dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) atau hospital lain di Negeri Sembilan yang memiliki kepakaran itu.

“Ketika ini Hospital Melaka ada satu bilik unit rawatan rapi (ICU) dan bilik bedah untuk neurosurgery, cuma doktor pakar hanya ada seorang sahaja yang ditugaskan secara penggiliran.

“Diharapkan selepas ini kita (Hospital Melaka) boleh membuat pembedahan itu tanpa ada sebarang kekangan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Sistem Bekalan Elektrik Hospital Melaka (Reka dan Bina) disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Hospital Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Pengurusan Banjir dan Infrastruktur negeri, Datuk Rahmad Mariman; Pengarah JKR Melaka, Datuk Ir Ismail Abd Rahman dan Pengarah Hospital Melaka, Dr Zaharimah Abdul Kadir.

“Selepas ini akan ada doktor pakar bertugas secara penggiliran setiap bulan atau dua minggu sekali bergantung kepada keperluan. Sejak Julai lalu rawatan neurosurgery ini kita laksanakan secara berjadual berbanding sebelum ini mereka datang tanpa jadual yang tetap,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1807
Kongsi :
Previous post Sistem bekalan elektrik 92 tahun Hospital Melaka diganti baharu
Next post INSWA anjur program khas untuk murid istimewa
Ubah saiz-+=