DUN Sungai Rambai: Naik taraf sistem perpaipan, atasi masalah bekalan air

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

SUNGAI RAMBAI 8 Julai – Sistem perpaipan di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai yang mengalami masalah tekanan rendah akan dinaik taraf dalam masa terdekat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis berkata projek naik taraf itu akan dilaksanakan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi mengatasi masalah yang membelenggu pengguna

Katanya, antara kawasan yang kerap mengalami masalah berkenaan adalah Kampung Parit Putat Benteng, Kampung Parit Penghulu Benteng dan Kampung Benteng.

“Hasil lawatan saya sekitar DUN Sungai Rambai bersama Jurutera Daerah dan Pengurus SAMB mendapati banyak kawasan mengalami masalah tekanan air rendah hingga mengakibatkan penduduk mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti harian.

“Berikutan itu, hasil perbincangan bersama agensi berkenaan, projek menaik taraf sistem perpaipan di kawasan yang terjejas akan dilaksanakan secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata projek bakal dilaksanakan itu bertujuan memastikan masalah tekanan air rendah dapat diatasi dalam tempoh jangka masa panjang.

Dalam pada itu, Siti Faizah turut memantau sebuah gelanggang futsal yang siap dibina berhampiran Maahad Tahfiz Al-Muhtadin di Jalan Parit Putat untuk kegunaan aktiviti riadah dalam kalangan belia di kawasan sekitar Sungai Rambai.

Pix SITI Faizah (kiri) bersama wakil SAMB melawat tapak sistem perpaipan yang akan dinaik taraf di kawasan DUN Sungai Rambai

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1421
Kongsi :
Previous post Dua penunggang parah di kepala, motosikal bertembung di simpang empat
Next post KOGMAS beri peluang ahli berniaga Air Barakah tanpa modal
Ubah saiz-+=