KOGMAS beri peluang ahli berniaga Air Barakah tanpa modal

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

AYER KEROH 8 Julai – Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka Berhad (KOGMAS) membuka peluang kepada ahlinya untuk bersama-sama terbabit dalam perniagaan menerusi produk air mineral semula jadi tanpa sebarang modal.

Pengerusi KOGMAS, Zaidan Abd Hadi berkata produk tersebut tidak memerlukan modal yang besar, malah pihaknya akan menyediakan sebuah rak beserta 20 kotak mengandungi 480 Air Barakah.

“Kita (KOGMAS) berniaga produk legasi Tun Mohd Ali Mohd Rustam iaitu Air Barakah, jenama barakah ini sebenarnya diilhamkan oleh beliau sendiri, jadi bila buka koperasi esok sudah boleh berniaga air ini.

“Pihak koperasi sediakan satu rak dengan 20 kotak Air Barakah tanpa modal, rak itu dikira sebagai pinjaman, ikutkan harga rak itu dalam RM200 tapi untuk membantu ahli-ahli koperasi masjid kita berikan percuma dahulu.

“Gunalah dahulu rak diberikan untuk mulakan perniagaan, sebotol Air Barakah RM1, kalau ada 480 botol boleh jana pendapatan RM480 tolak harga rak RM200 jadi ada untung RM240,” katanya ketika di temui di Ayer Keroh, di sini, 7 Julai lalu.

Katanya, peluang itu diberikan kepada ahli-ahli KOGMAS bagi memastikan mereka dapat menjana pendapatan sedikit demi sedikit sebelum melebarkan perniagaan kepada skala yang lebih besar.

“Kita mungkin boleh fikir untuk berniaga dalam skala besar dalam tempoh dua ke tiga tahun akan datan. Bila sudah kukuh kedudukan kewangan baru fikir macam mana mahu besarkan perniagaan dengan keuntungan yang lumayan.

“Tapi untuk permulaan biasanya isunya adalah produk yang mahu diniagakan dan apa kepakaran yang kita ada, sebab itu jual produk Air Barakah kerana ia mudah, letak sahaja rak di pintu masjid yang ada di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3732
Kongsi :
Previous post Naik taraf sistem perpaipan, atasi masalah bekalan air
Next post Bapa, anak maut terperangkap kebakaran
Ubah saiz-+=