Najib tolak tawaran ‘hadiah’ RM100 juta

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

BANDARAYA MELAKA 19 Nov – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menolak ganjaran hadiah berupa sebidang tanah dan rumah daripada kerajaan bernilai RM100 juta.

Katanya, beliau turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengkaji semula Akta Saraan Bekas Perdana Menteri 1980 yang telah digubal pada tahun 2003.

Jelasnya, penolakan itu dibuat selepas isu terbabit sengaja dimainkan pihak tertentu demi kepentingan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Ya saya menolak tawaran tersebut tetapi saya mencadangkan dikaji semula peruntukkan ini untuk semua bekas Perdana Menteri dan peruntukkan telah diluluskan zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

“Memandangkan isu ini mencetuskan suasana tidak selesa ramai pihak, saya mencadangkan kepada Perdana Menteri untuk melihat semula peruntukkan kelayakan ini untuk semua bekas Perdana Menteri termasuk selepas saya.

“Jika rakyat tidak selesa, saya dah memohon kediaman seperti dibenarkan Akta Kerajaan, saya boleh tarik permohonan pada tahun 2018 itu.

“Permohonan ini berdasarkan Akta Saraan Bekas Perdana Menteri 1980 yang mana akta tersebut telah diubah suai diperbaiki pada tahun 2013,” jelasnya dalam satu sidang media di sebuah Hotel di Bandaraya Melaka hari ini.

Jelas Najib, meskipun belum diluluskan, namun tegasnya tindakan menolak itu dibuat kerana menyedari keadaan yang dihadapi rakyat selepas pandemik COVID-19.

“Biarpun saya bukan calon di PRN Melaka atau Presiden UMNO mahupun Pengerusi BN. Oleh itu saya membuat keputusan utuk menolak tawaran tersebut, walaupun secara prinsipnya ia berdasarkan kelayakan semua bekas PM.

“Saya menyedari dan memahami ketika rakyat berdepan saat sukar ini, keutamaan negara adalah kepada rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

457
Kongsi :
Previous post 3,797 polis ‘berkawal’ di 217 pusat mengundi esok
Next post Polis tahan lima lelaki disyaki bakar kereta anggota kastam
Ubah saiz-+=