Negara komited lahirkan pekerja berkemahiran tinggi – MITI

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

KLEBANG 15 Julai – Pelbagai program akan dan sedang dijalankan kerajaan membabitkan penyertaan pekerja tempatan di negara ini bagi melahirkan pekerja berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Senator Datuk Lim Ban Hong berkata, kementeriannya giat menjalin bekerjasama bersama kementerian terlibat seperti Kementerian Sumber Manusia bagi menyediakan pelbagai jenis program bagi melatih lebih ramai pekerja tempatan.

Jelasnya, menerusi Program ‘Rescaling dan Upscaling’ yang dijalankan kedua kementerian itu mampu membuka peluang baharu kepada pekerja tempatan untuk mudah diserap masuk dalam bidang berkemahiran tinggi dalam sesebuah industri.

“Seperti contoh, MITI yang mempunyai agensi iaitu Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARII) menyediakan pelbagai program untuk latihan kepada mereka yang ingin menceburi dalam bidang kemahiran automotif.

“Begitu juga dalam sektor lain di mana kita menyediakan input untuk memaklumkan kepada kementerian atau agensi yang menyediakan latihan pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk dimiliki seseorang pekerja untuk memastikan mereka terus diserap masuk dalam sesuatu sektor.

“Usaha ini berterusan akan dilaksanakan untuk membantu pekerja tempatan dalam pelbagai sektor yang ada di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Penyerahan Sumbangan Bot kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka di Restoran Seafearer, di sini hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2093
Kongsi :
Previous post Guru KAFA disyaki hempas murid sehingga patah kaki direman
Next post KPLB mohon percepat pelaksanaan JENDELA
Ubah saiz-+=