Nik Muhammad Zawawi akui dilantik Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SABAK BERNAM, 22 Feb – Ketua Dewan Ulamak PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh hari ini mengesahkan beliau dilantik sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS yang baharu berkuat kuasa 20 Feb lepas.

Nik Muhammad Zawawi yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II berkata pelantikannya berkuat kuasa selepas Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada malam 20 Feb itu susulan peletakan jawatan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali pada hari sama.

“Ya, betul (dilantik sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS baharu). Saya seorang daripada anggota sebelum ini maka sebulat suara (setuju dengan pelantikan) apabila Mohd Khairuddin letak jawatan.

“Mohd Khairuddin meletakkan jawatan dengan terhormat dan majlis berbincang untuk letak saya balik (sebagai setiausaha). Saya sebelum ini dah pegang jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulamak ini lebih 10 tahun. Saya pegang lama dan dilantik semula,” katanya selepas meninjau Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Sekinchan di sini hari ini.

Nik Muhammad Zawawi berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar beliau dilantik sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS yang baharu.

Semalam, media melaporkan Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus mengumumkan peletakan jawatannya sebagai setiausaha dan ahli Majlis Syura Ulama PAS berdasarkan peruntukkan Perlembagaan PAS Fasal 8(7).- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1223
Kongsi :
Previous post CCTV pengecaman wajah kawal kadar jenayah di Melaka
Next post KKM di peringkat akhir muktamad SOP pembukaan sempadan – Muhyiddin
Ubah saiz-+=