Nilai hasil projek pembangunan, manfaatkan golongan sasar – KM

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 8 Disember – Kerajaan Negeri komited memastikan setiap projek atau program pembangunan dilaksanakan dinilai keberhasilannya agar manfaatnya benar-benar sampai kepada golongan sasar.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, justeru itu Kerajaan Negeri Menerusi Konvensyen Penilaian Pembangunan Negeri Melaka Tahun 2022 akan menilai 20 finalis projek atau program dijalankan di Melaka dengan peruntukan RM80 juta.

“Untuk maklumkan semua penganjuran konvensyen ini merupakan fasa akhir penilaian dan akan diakhiri dengan Majlis Anugerah Projek Atau Program Terbaik dan Kajian Penilaian ‘Outcome’ terbaik Negeri Melaka dijadualkan pada tahun hadapan.

“konvensyen ini secara tidak langsung menunjukkan keupayaan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan projek pembangunan sehingga mencapai outcome yang disasarkan.

“Saya berharap pertimbangan serius dapat diberikan oleh wakil-wakil kanan kementerian dan agensi persekutuan yang hadir hari ini supaya memberi peluang kepada Negeri Melaka jika terdapat permohonan peruntukan tambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Penilaian Pembangunan Negeri Melaka Tahun 2022 di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari.

Hadir sama Exco Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan; Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), VP Shanmugam; Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem dan Pegawai Kewangan negeri Datuk Salhah Salleh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1497
Kongsi :
Previous post Ketua pembangkang tukar atau kekal? tunggu Sidang DUN – KM
Next post 220 laporan skim penipuan pelaburan Zuttelo, kerugian lebih RM84 juta
Ubah saiz-+=