Ketua pembangkang tukar atau kekal? tunggu Sidang DUN – KM

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

DUYONG 8 Disember- “Ketua pembangkang bertukar atau kekal, kita tunggu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) nanti,” kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali ketika ditanya mengenai kedudukan Ketua Pembangkan, Adly Zahari.

Sulaiman berkata perjumpaan bersama beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang di pejabatnya sebelum ini adalah lawatan biasa apabila Kerajaan Pusat membentuk Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya kedudukan pembangkang dalam Persidangan DUN nanti akan merujuk kepada sebarang perubahan dalam Kerajaan Pusat.

“Saya menegaskan, kerajaan sedia ada akan kekal di Negeri Melaka, hal ini kerana kita menang secara ‘solo’ tidak seperti di peringkat Persekutuan yang menggabungkan Kerajaan Perpaduan.

“Namun sebarang perubahan kita akan melihat kepada negeri-negeri seperti Johor dan lain-lain. Kita tengok keadaan macam mana,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Seri Duyong di Kampung Permatang Duyong, di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama, Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Adun Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem; Mufti Kerajaan Negeri Datuk Wira Abdul Halim Tawil; Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka Datuk Wira Md Rawi Mahmud dan Pengarah JAIM Datuk Che Sukri Che Mat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3327
Kongsi :
Previous post Melaka mohon projek RTB disegerakan, jika tangguh rakyat terkesan – KM
Next post Nilai hasil projek pembangunan, manfaatkan golongan sasar – KM
Ubah saiz-+=