Op TBC: Cuti 203 anggota penguat kuasa JPJ Melaka dibeku

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

KESIDANG 18 Januari – Cuti 203 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dibekukan sepanjang Op Tahun Baru Cina (TBC) bermula 17 hingga 27 Januari ini.

Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Sharif berkata kesemua pegawai dan anggota itu akan terlibat dengan operasi serta penyamaran.

“Kira-kira tujuh hingga 10 anggota dan pegawai JPJ yang menyamar berpakaian preman di terminal bas, dalam bas selain berlegar di kawasan-kawasan sekitar terminal bagi mengelakkan isu ulat tiket sempena musim perayaan ini.

“Sementara itu pegawai dan anggota yang lain akan terlibat dengan operasi sepanjang 10 hari dilaksanakan sempena Tahun Baru Cina (TBC), ” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pemeriksaan Bas di Depoh Ekspres Delima di Kawasan Perindustrian IKS Taman Malim Jaya, di sini, semalam.

Dalam pemeriksanaan bas di depoh terbabit, kira-kira sembilan anggota daripada Unit Kejuruteraan Automotif dan Bahagian Pemeriksaan serta Kawalan Kenderaan Perdagangan terlibat.

Mengulas lanjut, Muhammad Firdaus berkata bermula 14 hingga semalam (17 Januari), kira-kira 28 buah bas telah diperiksa bagi memastikan kesemua kenderaan yang digunakan untuk membawa penumpang khususnya pulang ke kampung halaman berada dalam keadaan selamat.

“Kesemua 28 buah bas yang diperiksa di enam buah depoh dalam Melaka termasuk Mara Liner Ekspres, Mayang Sari Ekspres, Melor Interline Ekspres, Top Liner Ekspres, City Liner Ekspres dan Delima Ekspres.

“Pemeriksaan bas kita memfokuskan kepada aspek teknikal seperti brek, tayar, semua lampu berfungsi, pembalik cahaya dan dokumen kenderaan dan pemandu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1339
Kongsi :
Previous post Pemaju perlu sediakan tapak niaga baharu pada peniaga Kampung Jawa – Exco
Next post Nelayan, pembuat bot dan isteri berdepan hukuman gantung
Ubah saiz-+=