
Operasi pejabat JPN cawangan PKD Sungai Rambai ditutup bermula 1 Julai
MELAKA, 31 Mei – Perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Pusat Komuniti Desa (PKD) Sungai Rambai, Jasin akan ditamatkan sepenuhnya bermula 1 Julai depan, kata Pengarah JPN Melaka Norazle Sulaiman.
Beliau berkata berikutan itu perkhidmatan kaunter di pejabat berkenaan akan beroperasi sehingga 30 Jun ini dan sebarang urusan yang berkaitan boleh dilakukan di JPN Daerah Jasin atau mana-mana pejabat JPN yang berhampiran.
“Jabatan ini juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua pihak termasuk rakyat di sekitar kawasan pejabat tersebut, yang telah banyak memberikan kerjasama dan mendapatkan perkhidmatan sepanjang pembukaan pejabat ini sejak tahun 2016 yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN Negeri Melaka di talian 06-2326600 / 06-2326881 atau e-mel ke [email protected].
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,500 ATLET ‘RACECATION’ RANCAKKAN PELANCONGAN SUKAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 8 September - Melaka semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan sukan apabila kira-kira 1,500 peserta dari lebih 45...
‘NAK BERKASIH BIARLAH PADA YANG SAYANG, MEMINTA PADA YANG ADA’ – AB RAUF
AYER LIMAU 8 September - 'Nak berkasih biarlah pada yang sayang, meminta pada yang ada', kata Ketua Menteri Datuk Seri...
‘PUKUL 1 PAGI ADA, 2 PAGI PUN ADA’ – AB RAUF PUJI KOMITMEN HAMEED
AYER LIMAU 8 September - "Masalah rakyat pukul 1.00 pagi dia ada, pukul 2.00 pagi dia ada. Mesyuarat di pejabat...
’19 SEPTEMBER BUAH BARU MASAK, KITA TUNGGU BUAH GUGUR…’
AYER LIMAU 8 September - "19 September buah baru masak, kita tunggu buah gugur..." demikian kiasan Ketua Menteri Melaka Datuk...
WRUR SUDAH JELAJAH 27 DUN, BERAKHIR DI TANJUNG BIDARA
AYER LIMAU 8 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini memasuki siri ke-27 di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
RM1.06 JUTA BANTU 42 KELUARGA AYER LIMAU NIKMATI KEDIAMAN LEBIH SELESA
AYER LIMAU 8 September - Sebanyak RM1.06 juta diperuntukkan bagi membantu 42 keluarga di Ayer Limau menerusi kerja baik pulih...
