Padah pindah babi tanpa kebenaran JPV, peniaga didenda RM6,000

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BUTTERWORTH 2 Mac. – Gara-gara memindah enam ekor babi tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Pulau Pinang, seorang peniaga hari ini didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret sini.

Majistret Nurul Huda Idris menjatuhkan hukuman itu selepas Tan Hong Haw, 27, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa.

Nurul Huda turut memerintah tertuduh dilucutkan hak hasil jualan enam ekor babi berkenaan dan dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memindahkan enam ekor babi hidup dari Jalan Tingkat Selamat 9, Kampung Selamat, Tasek Gelugor ke kawasan rumah sembelihan babi Hi-Good Corporation Sdn Bhd, No. 2976, Tingkat Selamat 10, Kampung Selamat Tasek Gelugor di daerah Seberang Perai Utara dengan menggunakan kenderaan lori bernombor pendaftaran AEA 7669 tanpa mendapat kebenaran bertulis pengarah negeri atau mana-mana pihak berkuasa veterinar.

Tan didakwa melakukan kesalahan itu pada 12.15 tengah hari, 29 Ogos tahun lepas, mengikut pertuduhan di bawah Perintah 4 (1)(a) Perintah Haiwan (kawalan dan pembasmian Contagious Abortion serta penyakit kuku dan mulut) 2003 perintah bawah Subseksyen 36(1)(c)(i) Akta Binatang 1953.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Tuan Anuar Sulzi Tuan Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

969
Kongsi :
Previous post OP Benteng: 319 bot/kapal, 1,465 kenderaan darat bernilai RM306 juta dirampas
Next post ‘Tahu-tahu dah sudah’- Ketua Menteri
Ubah saiz-+=