
Padang 10 perlu dinaiktaraf
BANDA HILIR 24 Ogos – Padang 10 di Wisma Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) perlu dinaiktaraf bagi menjamin keselesaan pemain bagaimanapun ia memerlukan penaja untuk membaik pulih kawasan itu.
Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md. Ali berkata, pihaknya menerusi MUSA mengalu-alukan mana-mana pihak bagi menjamin kemudahan infrastruktur sekali gus mempertingkat fasiliti latihan Sang Kancil itu.
“Kerajaan negeri mengalu-alukan mana-mana pihak bagi menaja Padang 10 yang perlu dinaiktaraf dengan pelbagai kelengkapan latihan seperti di negeri lain.
“Ia perlu dinaik taraf melalui pelbagai aspek termasuk dilengkapi dengan ruangan persalinan, tempat latihan, gimnasium, bilik seminar, rumput sintetik serta pelbagai lagi bagi menjamin keselesaan pasukan Melaka United,” katanya baru-baru ini.
Tambahnya, kerja-kerja membaik pulih itu akan segera dibangunkan sebaik menerima penaja yang sudi tampil bagi bersama merealisasikan pembangunan sukan bola sepak negeri.
Views:
Related

Berita Lain
522 PLOT TANAH KUBUR KAMPUNG KRUBONG DIDIGITALKAN
PAYA RUMPUT 15 Februari - Kampung Krubong menjadi kampung pertama di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang melaksanakan...
TOK RAIS TUNAI JANJI, SEDIA TAPAK PERKUBURAN BAHARU
PAYA RUMPUT 15 Februari - Kerisauan berhubung keluasan kawasan tanah perkuburan semakin menyusut di Kampung Krubong akhirnya menemui penyelesaian apabila...
IKTIRAF VISI ANAK MELAKA PERKASA INDUSTRI KREATIF, PELANCONGAN
AYER KEROH 15 Februari - Selaras usaha memperkukuh ekosistem pelancongan dan hospitaliti, Kerajaan Negeri sedia untuk bekerjasama serta menyokong inisiatif...
OP TBC, JABATAN KESIHATAN NEGERI SITA 237 PRODUK MAKANAN
PAYA RUMPUT 14 Februari - Sebanyak 237 produk makanan disita Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka dalam tempoh dua hari pelaksanaan...
PENDUDUK PUJI ‘DATUK RAIS’ MUDAH DIHUBUNGI, CEPAT BERI MAKLUM BALAS
PAYA RUMPUT 15 Februari – Sikap mesra rakyat dan mudah didekati Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput Datuk Rais...
PENDUDUK SYUKUR JALAN BAHARU PERMUDAH AKSES HARIAN
RIM 15 Februari - Penduduk sekitar Simpang Kerayong dan Kampung Chinchin menyambut baik pembinaan jalan baharu menghubungkan Persimpangan Rim ke...

