
Ketua Menteri tunjuk bakat mengail ikan darat
PANTAI KUNDOR 23 Ogos – Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali hadir memeriahkan Pertandingan Memancing Ikan Darat Terbuka bertempat di benteng sawah Kampung Gelam, sebentar tadi.
Pertandingan anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tangga Batu itu disertai seramai hampir 200 peserta.
Dalam lawatan itu, Sulaiman sempat menunjukkan bakatnya memancing ikan secara tradisional menggunakan pelepah sawit.
Beliau turut menyempurnakan pertandingan itu dengan melakukan gimik pelepasan ikan keli untuk dipancing peserta.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Senator Datuk Seri Mohd Ali Mohamad; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah dan Ketua Puteri UMNO negeri, Nurashiqin Alias.
Pertandingan memancing itu diadakan bermula jam 9 pagi dan berakhir pada 1 tengahari.
Dengan yuran penyertaan RM10, juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500, manakala tempat kedua dan ketiga bernilai RM300 dan RM200.
Views:
Related

Berita Lain
TIGA HOSPITAL PANEL MAMOGRAM UNTUK WANITA MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Tiga hospital swasta di negeri ini dilantik sebagai hospital panel bagi membantu golongan wanita menjalani...
WARGA MPHTJ PERKUKUH BUDAYA KERJA BERPRESTASI TINGGI
AYER KEROH 26 Mei - Warga Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diminta agar terus memperkukuhkan budaya kerja cemerlang, profesionalisme...
BELUM PUTUS ASA PERJUANG PASAR AWAM MACHAP
MACHAP JAYA 26 Mei - Pembinaan sebuah pasar awam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya akan terus diusahakan Datuk...
CUTI SEKOLAH: MACAM-MACAM PROGRAM MENARIK ADA DI MUZIUM MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menawarkan pelbagai promosi tiket, program interaktif dan aktiviti berunsur warisan budaya...
AIDILADHA: MAIM TUMBANG DUA LEMBU KORBAN UNTUK ORANG ASLI
AYER KEROH 26 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menumbangkan dua ekor lembu untuk komuniti Orang Asli di...
SUAMI ISTERI ‘HIDUPKAN’ TANAH TERBIAR DENGAN CILI KULAI
ASAHAN 26 Mei - Tapak terbiar di Felcra Desa Mesra Perdana, Bukit Sedanan yang sudah lama sunyi kini kembali hidup...

