Sorting by

×

PAMERAN TEKS SULALATUS SALATIN KE VISUAL SASAR LEBIH 10,000 PENGUNJUNG

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

BANDA HILIR 27 Januari – Lebih 10,000 pengunjung disasarkan akan berkunjung ke Pameran Teks Sulalatus Salatin ke Visual di Balai Seni Lukis Melaka yang bermula 18 Januari hingga 30 April depan.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Erne Hamsah berkata, sasaran tersebut mampu dicapai bertepatan dengan pelbagai program sampingan turut diadakan di Balai Seni Lukis Melaka.

Tambah Erne, bertepatan dengan musim cuti sekolah, pihaknya turut berharap pameran itu dapat dinikmati pengunjung tanpa mengira usia.

“Reaksi pengunjung dan peminat seni tempatan antara pengunjung yang memeriahkan Balai Seni Lukis Melaka ini.

“Sasaran kita letakkan lebih 10,000 pengunjung akan hadir ke sini dan menikmati serta menghayati karya-karya artis tempatan ini,” katanya.

Img 20250126 234107 271
ERNE

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Majlis Perasmian Pameran Manifestasi Teks Sulalatus Salatin ke Visual yang disempurnakan oleh Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan di Balai Seni Lukis di sini, baru-baru ini.

Sebelum ini, Melaka Hari Ini melaporkan sebanyak 39 karya seni dan sastera berdasarkan Teks Sulalatus Salatin yang diterjemah ke visual dihimpunkan di Balai Seni Lukis bersempena pameran berkenaan.

Karya seni seperti lukisan, arca dan instalasi seni itu merupakan hasil tangan 27 artis daripada Persatuan Pelukis Negeri Melaka dengan kerjasama Balai Seni Negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

109
Kongsi :
Previous post OP SIAGA RAYA: 150 ANGGOTA BOMBA MELAKA BERSEDIA SETIAP MASA
Next post MELAKA KEKAL KETETAPAN MINUMAN KERAS DIJUAL DI PETI AIS BERASINGAN