Pantau gerakan ajaran sesat Hadi Minallah di Melaka – Mufti

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

JASIN 11 Ogos – Jawatankuasa Fatwa Negeri bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) terus memantau sekiranya wujud aktiviti yang mempunyai elemen kumpulan ajaran sesat Hadi Minallah di negeri ini.

Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil berkata pihaknya sentiasa berhubung dengan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, bagi mendapatkan maklumat berhubung aktiviti kumpulan itu.

“Saya juga sedang menunggu laporan terkini daripada Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai keseriusan aktiviti kumpulan itu di negara ini

“Setakat ini di Melaka masih belum ada laporan mengenai kegiatan itu, namun kita sentiasa memantau dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Melaka dan Sambutan Minggu Kesedaran Derma Organ Peringkat Negeri Melaka di Dewan Alamanda Jasin, di sini hari ini.

Sebelum ini tular sebuah video berkenaan kumpulan ajaran Hadi Minallahberasal dari negara jiran dikesan di beberapa negeri di Malaysia.

Difahamkan kumpulan itu aktif menyebarkan dakyah sesat mereka menerusi laman sosial YouTube, Persatuan Nur Mutiara Mutmainnah.

Berdasarkan video itu, seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai pengasas ajaran itu, Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minallah Aminnullah Ahmad berasal dari Indonesia yang mengaku tiada agama menyebarkan fahaman makrifat sesat, Nur Muhammad serta pluralisme agama yang dakwanya tuhan tidak melihat kepada agama selain turut menolak hadis.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3610
Kongsi :
Previous post Polis tahan tiga lelaki aktif pecah masuk kedai sekitar Lembah Klang, Melaka
Next post Rumah berbumbungkan langit
Ubah saiz-+=