Sorting by

×

Pasukan sukarelawan Melaka siap siaga ‘hulur tangan’ hadapi bencana

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 20 Jun – Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai seramai 77 anggota bersedia menjalankan misi membantu mereka yang ditimpa bencana.

NGO yang dikenali sebagai Pasukan Sukarelawan Bencana Melaka (PSBM) itu berada dalam keadaan siap siaga untuk digerakkan pada bila-bila masa terutama dalam melaksanakan misi bantuan banjir di negeri ini.

Presidennya Ashwad Abdul Rahim berkata, dengan segala aset dan anggota yang berada dalam keadaan siap siaga ianya akan menjadi antara kumpulan terawal akan tiba di lokasi bagi membantu mangsa bencana.

“Respond team ini mempunyai kira-kira 20 buah pacuan empat roda yang boleh digerakkan bila-bila masa terutamanya ke kawasan banjir bagi menyelamatkan mangsa banjir ataupun menghulurkan bantuan makanan.

“Team (Kumpulan) ini mempunyai anggota di setiap daerah iaitu di Jasin, Alor Gajah dan Melaka Tengah. Kita akan sampai antara terawal kerana sebaik menerima maklumat daripada penduduk kampung aset kita akan keluarkan menjalankan misi bantuan,” katanya selepas perasmian Pasukan Sukarelawan Bencana Melaka (PSBM).

Katanya, dengan kekuatan 77 anggota kini, PSBM menyasarkan untuk menambah keahlian sehingga kira-kira 200 orang bagi memperluaskan lagi misi bantuan.

“Kebanyakkan anggota kita mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu contohnya mereka yang mempunyai kepakaran dalam kerja menyelamat serta rawatan awal mangsa, bekas kakitangan agensi berkaitan bencana termasuklah juga pengamal perubatan,” katanya.

Ujar Ashwad, di Melaka pihaknya mengenal pasti kira-kira 41 kawasan ‘hotspot’ yang sering berlakunya banjir setiap kali cuaca hujan lebat berterusan.

“Antara kawasan yang sering berlaku banjir adalah di Taman Merdeka, Bukit Beruang, Sungai Putat dan Peringgit.

“Oleh itu PSBM sentiasa terbuka dan akan bekerjasama rapat dengan semua agensi berkaitan bencana bagi menjalankan misi kemanusiaan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1567
Kongsi :
Previous post Kes bunuh CEO Cradle Fund: Nasib Samirah & 2 remaja diketahui esok
Next post Malaysia lapor sifar kematian akibat COVID-19- Khairy
Ubah saiz-+=