
PDRM kesan mesej tular aktiviti ‘push-pocket’, peras ugut di kawasan tumpuan
KUALA LUMPUR, 4 Jan – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihaknya tidak menerima laporan berhubung kegiatan jenayah push-pocket dan peras ugut berlaku di kawasan tumpuan seperti di lapangan terbang dan stesen Transit Aliran Ringan (LRT).
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata mesej mengenai kegiatan itu telah tular sejak 2016 dan kembali diulang siar di beberapa platform media sosial.
“Menerusi mesej itu, penjenayah menggunakan modus operandi dengan memasukkan telefon bimbit atau dompetnya ke dalam beg mangsa sebelum menuduh mangsa mencuri barangan miliknya.
“Mangsa seterusnya akan didesak membayar sejumlah wang dengan alasan untuk menyelesaikan kes dan sekiranya tidak bersetuju, mangsa diugut bahawa kejadian ‘curi’ akan dilaporkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Noorsiah meminta orang ramai agar tidak mudah percaya dengan sebarang mesej yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.
Menurutnya, tindakan berkongsi atau menyebar berita-berita sedemikian boleh menimbulkan kegusaran dan kebimbangan kepada masyarakat.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SKUTER ELEKTRIK UNTUK PARAMEDIK APM MELAKA
KOTA LAKSAMANA 18 Julai - Sebagai sokongan terhadap keperluan perubatan kecemasan negeri ini, syarikat perkhidmatan ujian klinikal bertaraf global dari...
MAIM SUMBANG RM25,000 BANTU ADIK AIMI BERTARUNG KANSER
BANDARAYA MELAKA 18 Julai - Nasib Nor Aimi Zuhairah Muhammad Hafidz, 14 yang berjuang melawan kanser darah (leukemia) mendapat perhatian...
MELAKA TERUS JADI PILIHAN SYARIKAT GLOBAL, BUKA 500 PELUANG PEKERJAAN BERKUALITI TINGGI
KOTA LAKSAMANA 18 Julai - Melaka terus diiktiraf sebagai destinasi pelaburan pilihan apabila menjadi destinasi pertama pilihan sebuah syarikat perkhidmatan...
SUAMI ISTERI LARI DARI POLIS DICEKUP, MILIKI PELBAGAI REKOD JENAYAH
KESIDANG 18 Julai - Aksi nekad pasangan suami isteri yang menaiki sebuah kereta Proton Wira melarikan diri daripada polis membawa...
SESI DIALOG BANTU PENDUDUK TERLIBAT PROJEK NAIK TARAF JALAN TUN HAMZAH-SEMABOK
DUYONG 18 Julai - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong telah merangka satu sesi dialog...
CINTA WARISAN BERMULA DI BANGKU SEKOLAH
DUYONG 18 Julai - Menyedari pentingnya menyemai rasa cinta terhadap sejarah sejak di bangku sekolah, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan...