PDRM tawar diskaun 80 peratus saman trafik

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

KUALA LUMPUR 8 Dis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan saman terpilih sehingga 80 peratus bermula 9 hingga 12 Dis ini sempena sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata semua pembayaran kompaun boleh dibuat di kaunter PDRM Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan kaunter bayaran saman trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) serta Kontinjen.

Katanya, saman itu juga boleh dibayar menerusi portal dan aplikasi MyBayar Saman.

“Pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan kemalangan, memotong secara merbahaya, menggunakan lorong kecemasan, tidak patuhi isyarat lampu merah, memotong di garisan berkembar.

“Selain kesalahan yang diakategorikan tidak boleh kompaun (NC), kesalahan yang berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan kesalahan pengubahsuaian ekzos kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ujarnya, orang ramai mahupun syarikat dan entiti perniagaan boleh mendaftar melalu portal rasmi PDRM atau pautan https://[email protected].

“Ataupun muat turun aplikasi di platform Google Playstore, Apple Appstore dan Huawei Appgalerry dan seterusnya boleh membuat pembayaran melalui aplikasi tersebut.

“PDRM menyeru orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal penularan COVID-19 semasa berurusan di kaunter bayaran fizikal.

“Seterusnya menggalakkan pembayaran kompaun secara dalam talian serta membantu orang ramai yang terkesan dalam situasi sukar pandemik COVID-19,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

791
Kongsi :
Previous post Penduduk Krubong diminta bantu cegah denggi
Next post Pendidikan diberikan fokus utama
Ubah saiz-+=