
PDRM tubuh unit siasatan jenayah kematian dalam tahanan – Hamzah
KUALA LUMPUR, 6 Dis – Polis Diraja Malaysia akan menubuhkan Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan bagi menyiasat kes kematian melibatkan tahanan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzaah Zainudin berkata unit itu akan dianggotai 12 anggota polis dan seorang kakitangan awam.
“Unit ini akan mula beroperasi pada 1 Jan tahun hadapan dengan diketuai seorang pegawai polis berpangkat Supt, mulai tarikh ini semua kematian melibatkan tahanan akan dikendalikan oleh unit ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari Menteri Dalam Negeri di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.
Beliau berkata unit baharu yang ditubuhkan di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM itu akan menumpukan kepada aspek liabiliti jenayah, kewajipan berjaga-jaga (duty of care) dan pematuhan Prosedur Operasi Standard.
Hamzah berkata beliau percaya dengan penubuhan unit berkenaan imej dan integriti pasukan polis akan dapat dipertingkatkan. -BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
